09 May 2018

NAFI KATA BUBAR - 'SEPERTI MEREKA', SINGLE TERBARU RUFFEDGE


"Kami tidak pernah keluarkan kenyataan nak bubar atau kumpulan Ruffedge dah berpecah biarpun 10 tahun kami tidak tampil bersama.





"Tapi sepanjang masa itu, kami kerap juga berhubung antara satu sama lain dan keluar minum bersama," kata Sein, 35, mengenai dirinya dan anggota lain kumpulan Hip Hop R&B, Ruffedge yang sentiasa berhubung dengan satu sama lain biarpun tidak membuat penampilan bersama selama 10 tahun.

Ruffedge ketika ditemui menegaskan mereka tidak pernah membuat pengumuman mengenai pembuburan kumpulan tersebut.

Selain Sein, Ruffedge turut dianggotai oleh Mode, 43, Cat Farish, 44, Zain Hamid, 40 dan Azan Addin, 44.

Dalam pada itu, kumpulan yang terkenal dengan lagu 'Khayalan' ini bakal menampilkan single terbaru berjudul 'Seperti Mereka'.

Klik untuk gambar besar


Menurut Azan, lagu tersebut sebenarnya dihasilkan untuk rakan mereka, Zaid menyanyikannya secara solo namun tidak berjaya seperti yang diharapkan.

"Latar belakang lagu 'Seperti Mereka' ini susunannya sama seperti lagu kami sebelum ini iaitu 'Bila Rindu'.

"Sebenarnya lagu itu pernah dihasilkan untuk rakan kami, Zaid yang mahu menyanyikannya secara solo tapi tidak menjadi.

"Apabila didengar semula lagu ini lebih sesuai untuk dinyanyikan secara kumpulan sebab itu kami putuskan untuk menggubah semula lagu ini untuk dijadikan single terbaru kami. Ternyata lagu genre R&B dan soul ini menepati selera dan jiwa kami," ujarnya.



Lagu ciptaan Azan itu akan dilancarkan bersama muzik video selepas sambutan hari raya Aidilfitri.

Selain itu, sebanyak 1,400 tiket early bird (belian awal) bagi menyaksikan konsert Ruffedge: 20th Anniversary itu sudah habis dijual dalam masa dua jam pada 4 Mei lalu.

Konsert anjuran MRS Production dan KLP Creative Sdn Bhd itu akan diadakan di KL Live, Kuala Lumpur bermula pukul 9 malam selama dua jam.

Antara lagu yang bakal dipersembahkan adalah 'Bila Rindu', 'Khayalan', 'Tipah Tertipu', 'Lemas' dan banyak lagi.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: