09 May 2018
HUBUNGAN CINTA DENGAN UQASHA - HEFNY AKUI PUTUS
Semua sedia maklum mengenai hubungan cinta antara Uqasha Senrose dan Hefny Sahad yang sering berkongsi foto mesra.
Pasangan ini sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk bertunang dan seterusnya membina mahligai perkahwinan bersama.
Namun semua itu hanya tinggal angan-angan semata-mata apabila Hefny mengakui hubungannya dengan pelakon wanita itu sudah berakhir sejak awal tahun ini.
Perkara itu terbongkar apabila Hefny mengatakan beliau tidak tahu menahu mengenai kes Uqasha terlibat dengan dadah kerana mereka tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan.
Klik untuk gambar besar
"Saya dan Uqasha sudah bawa haluan masing-masing sejak awal tahun ini. Jadi, saya tidak tahu menahu mengenai kes membabitkan dirinya.
"Hubungan kami berlangsung lebih kurang setahun. Kami putus bukan sebab orang ketiga. Biarlah ia menjadi rahsia peribadi saya.
"Meskipun pernah merancang untuk ke fasa lebih serius tetapi ini aturan dan ketentuan Allah. Jodoh itu rahsia Allah," ujarnya.
Berbicara mengenai kes melibatkan bekas kekasihnya itu, Hefny mengakui beliau agak terkejut saat mengetahui berita tersebut.
Bagaimanapun, Hefny meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mahupun memberikan komen lanjut jika mereka tidak tahu apa yang terjadi disebalik penahanan Uqasha. Dalam erti kata lain, kalau tidak tahu lebih baik diam sahaja.
Gosip mereka putus cinta ini sudah lama menjadi bualan ramai, sejak bulan lalu rasanya. Peminat boleh menghidu ada yang tidak kena apabila Uqasha sudah memadam foto beliau bersama Hefny dan tidak lagi mengikuti akaun Instagram lelaki itu.
Nak buat macam mana, jodoh mereka nampaknya tidak lama meskipun sudah ada perancangan ke fasa yang lebih serius. Apa-apapun, kita doakan yang terbaik buat mereka berdua.
www.myartis.com / Sumber: Harian Metro
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment