09 May 2018

UQASHA DAKWA DISABOTAJ - POLIS TERUS SIASAT TERPERINCI


"Susulan penemuan bahan itu bersama pelakon terbabit, kita perlu menjalankan siasatan terperinci mengenainya. Siasatan ini termasuklah untuk mengesahkan bahawa bahan itu dadah atau bukan, dengan menghantar bahan itu ke makmal.





"Hanya selepas mendapat keputusan ujian makmal, barulah kita akan menjurus kepada siasatan lain termasuk bagaimana bahan itu berada bersamanya, termasuk unsur sabotaj," kata Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Roslan Khalid.

Pihak polis kini menyiasat sama ada pil berbalut kerajang aluminium (aluminium foil) yang ditemui dalam beg tangan pelakon wanita itu adalah dadah atau sebaliknya.

Baru-baru ini seorang pelakon wanita iaitu Uqasha Senrose, telah ditahan kerana disyaki memiliki 53 biji pil dipercayai Erimin 5.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun selebriti berkenaan mendakwa penemuan dadah tersebut adalah kerana perbuatan sabotaj.

Justeru itu, pihak polis masih meneruskan siasatan untuk mengetahui bagaimana dadah berkenaan boleh berada di dalam simpanan pelakon tersebut.

Dadah itu ditemui apabila pelakon jelita berusia 26 tahun itu dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI), selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Burhanuddin Helmi, jam 11.45 pagi, 7 April.

Namun begitu, pelakon berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangannya diambil.












www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: