08 May 2018

WANITA DAKWA DIPUKUL SUAMI KERANA FATIN AFEEFA


Jika sebelum ini Fatin Afeefa pernah hangat dengan kontroversi mempunyai skandal ataupun hubungan intim dengan suami orang, terbaru pelakon itu didakwa menjadi punca kepada keganasan rumah tangga pula.





Menerusi laman sosial Twitter, seorang wanita yang dikenali sebagai Hanna Marie mendedahkan beberapa foto dia dipukul oleh suami sendiri kerana Fatin.

Untuk makluman, Hanna adalah wanita sama yang mendakwa Fatin menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya sebelum ini.

Hanna memuatnaik foto kesan penyangkut baju serta lebam pada tubuhnya yang dipercayai kesan dipukul teruk oleh suaminya yang berang gara-gara dia menceritakan setiap butiran tentang percintaan suaminya itu bersama Fatin.

Klik untuk gambar besar


Wanita itu turut meminta Fatin untuk tidak mengganggu lagi suaminya meskipun lelaki itu berulang kali mengatakan dia sudah tidak berhubung dengan Fatin lagi.

Sejauh mana kebenaran disebalik segala isu ini tidaklah kami ketahui. Malah, netizen juga mempersoalkan mengapa wanita berkenaan tidak membuat laporan polis selepas mengalami kecederaan yang serius.

Pelakon 'Tentang Bulan' itu juga nampaknya hanya berdiam diri sahaja meskipun dihimpit dengan pelbagai tuduhan.










www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: