25 May 2018

TAHNIAH - AMY SEARCH & LANA NODIN BAKAL TIMANG ZURIAT LAGI


Alhamdulillah... nampaknya bulan Ramadan membawa khabar gembira buat kedua-dua selebriti ini iaitu penyanyi rock Amy Search dan pelakon Lana Nodin apabila bakal menyambut 'orang baru' dalam keluarga mereka tidak lama lagi.





Amy bakal menimang cahaya mata keenam pada usia 60 tahun selepas isterinya, Norhasniza Hassan, 37, atau Nourish disahkan hamil.

Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman mengumumkan berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya.

Dalam entri itu, Amy meluahkan rasa syukur apabila doanya menimang anak pada usia 60 tahun termakbul.

"Isteri aku mengandung sebulan yeah! Aku selalu doa apabila aku berumur 60 tahun, nak seorang anak lagi. Anda semua (peminat) doakan aku berjaya. Saya cintakan awak sayang @qasander," luahnya.

Klik untuk gambar besar


Vokalis kumpulan Search itu memuatnaik video Norish menjalani pemeriksaan doktor bagi mengesahkan kandungan itu.

Sebelum itu, Amy turut memuatnaik video menunjukkan alat ujian kehamilan bertanda dua garisan merah yang membawa maksud hamil.

Untuk makluman, Amy dan Nourish yang berkahwin pada 2003 dan mempunyai tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 14, Sania Samara, 13, dan Qaqa At-Tameemi, 9 tahun.



Amy turut mempunyai dua lagi anak iaitu Nabila Huda, 34, hasil perkahwinan pertama, Faridah Fadzil dan Irisha Myra, 21, perkahwinan ketiganya dengan Roslisa Ahmad. Menerusi perkahwinan kedua dengan Noorliza Abdul Latiff mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Amy dijangka menyambut kelahiran terbaharu itu pada Januari 2019. Kali terakhir dia mendapat anak kira-kira sembilan tahun lalu. Penyanyi ini juga sudah mempunyai seorang cucu iaitu Keisha Laila, 7, iaitu anak kepada Nabila.



Manakala bagi Lana pula, beliau dan dan suaminya, Mohd Daud McKienzie mendapat khabar gembira bakal menimang anak mata kedua, akhir tahun ini, ketika usia perkahwinan genap tiga tahun.

Teruja berkongsi perkembangan itu, Lana memberitahu, usia kandungannya sudah mencecah tiga bulan.

"Saya dapat tahu diri ini hamil sejak bulan pertama lagi. Cuma saya belum bersedia hendak mengumumkannya lagi. Saya masih dalam fasa awal trimester... Bimbang kalau jadi apa-apa," katanya.

Lana yang sebelum ini tidak pernah bercerita mengenai kehamilannya atau memuatnaik status mengumumkan dirinya berbadan dua itu teringin menimang anak lelaki.

"Saya harap kali ini dapat anak lelaki... Barulah jadi sepasang. Mana tahu dapat anak berwajah macam suami pula. Insya-Allah kalau tiada aral melintang saya akan melahirkan anak kedua ini pada Disember depan," katanya.



Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nodin berkata, dia dan suami mengamalkan teknik perancangan keluarga bagi mendapatkan zuriat kedua.

"Selepas usia Gia lebih dua tahun, saya dan suami percaya ini adalah masa terbaik untuk dia mendapat adik. Malah, Gia seolah memahami keadaan ibunya yang sedang hamil. Bukan saya saja yang dia peluk erat, orang lain pun sama," ujarnya.

Berbanding kehamilan pertama, Lana mengakui alahan waktu pagi agak teruk.

"Ketika mengandungkan Gia, alahan waktu pagi tidak ketara. Kali ini, lain macam teruknya. Suami saya juga terpalit sama, mengidam mangga masam setiap hari.

"Lagak suami kali ini seolah dia yang hendak melahirkan anak kami... Dia yang muntah-muntah dan loya teruk," katanya.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: