25 June 2018

AZMI JUMPA SEFHIA - ELLY RASA SYUKUR, MAHU BERBAIK


Menerusi laman Instagram, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein meluahkan rasa syukur apabila bekas suami, pengarah Azmi Hatta berkunjung ke kediamannya bagi menziarahi anak mereka Putri Sara Sefhia yang kini berusia dua tahun.





Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 38, mengakui gembira dan ingin berubah menjadi lebih baik untuk kebahagiaan anaknya itu.

"Alhamdulillah, pertemuan yang indah dua beranak, Sefhia dan daddy Azmi Hatta. Tiada yang indah selain kebahagiaan buat si kecil.

"Moga kita yang serba kekurangan ini mampu berubah ke arah kebaikan untuk nyawa yang kita sayang," tulisnya pada Ahad.

Dalam status itu juga, Elly turut mengucapkan terima kasih kepada Azmi dan isterinya, pelakon Faye Kusairi.

Klik untuk gambar besar


"Terima kasih daddy (Azmi) dan mommy Faye Kusairi, selamat hari raya," ujar penyanyi lagu 'Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan' ini.

Dia turut meletakkan tanda pagar bersatu itu lebih indah, ini yang ku mahukan, perbuatan tiada muslihat dan aku ingin bahagia pada akhir posting berkenaan.

Rata-rata pengikut mengucapkan syukur dan meminta kedua-dua pihak untuk berbaik demi anak mereka.

Kemelut hubungan Elly dan bekas suaminya menjadi hangat selepas pasangan itu bercerai dan pelakon drama Teratai Kemboja itu mendakwa Azmi tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa.



Elly berkahwin dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Oktober 2015.

Azmi kemudian berkahwin dengan Faye pada 9 April 2017 dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di kondominium D'Pines, Jalan Ampang, dekat sini, dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.

Sebelum ini, Elly menghadapi pelbagai kemelut demi memperjuangkan hak anaknya sehingga dilabel sebagai seorang wanita yang 'kuat meroyan'.

Apa-apapun, semoga hubungan antara mereka ini kembali baik. Bak kata pepatah, buang yang keruh ambil yang jernih.








www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: