22 June 2018
DATUK VIDA DILABEL TIADA 'ADAB' DUDUK ATAS PUSARA
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida, 47, sememangnya tidak pernah lekang dari kontroversi meskipun bukan bergelar artis. Ada saja cerita mengenai beliau sama ada perkara baik mahupun negatif.
Umum mengetahui Datuk Vida yang berkarakter bersahaja, ceria dan penuh gelak tawa ini pernah berdepan dengan peristiwa menyayat hati, dimana beliau kehilangan dua putera tersayang dalam kebakaran beberapa tahun lalu.
Pada 1 Syawal yang lalu, Datuk Vida memuatnaik gambar beliau melawat pusara arwah anak-anaknya. Turut disertakan kapsyen luahan hatinya.
"HAPUSLAH AIR MATA… DUKA LARA KEHILANGAN 2 PUTERA TERSAYANG…BERSEMADI DI ALAM BARZAH.. SIAPA MAMPU HADAP.. 2 SEKALI PERGI?," tulisnya di laman Instagramnya.
Klik untuk gambar besar
Rata-rata netizen turut merasakan kesedihan tersebut dan meminta agar Datuk Vida terus tabah dan menerima segala ketentuan-Nya.
Bagaimanapun, gambar tersebut mengundang komen negatif daripada netizen yang melabel Datuk Vida seorang yang tidak beradab kerana duduk di atas pusara yang terletak bersebelahan pusara anak-anaknya.
Namun ada beberapa netizen memberikan komen positif dengan mengatakan mungkin pusara itu adalah pusara ahli keluarganya juga. Apa pun diharap Datuk Vida terus tabah menghadapi dugaan tersebut.
Apapun, berdasarkan penjelasan di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum untuk duduk diatas binaan kubur adalah makruh.
Binaan kubur dianggap sebagai kubur itu sendiri. Oleh itu makruh untuk duduk di atas binaan kubur kerana dianggap sebagai duduk di atas kubur.
Manusia mana yang tidak membuat kesilapan bukan? Tetapi biarlah teguran itu dibuat dengan cara yang lebih baik tanpa sebarang kecaman.
Harapnya segala persoalan tentang hukum duduk di atas kubur orang lain terjawab dengan penjelasan di atas. Untuk manfaat kita bersama.
www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Beautifulnara
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment