22 June 2018

HAQIEM RESPON DAKWAAN 'ATTITUDE' & PERASAN DIRI BAGUS


Semua mengetahui masalah yang dihadapi oleh penyanyi Haqiem Rusli selepas ibunya, Nazrah Nordin berkongsi luahan penyanyi yang popular menerusi lagu 'Tergantung Sepi' ini kepadanya.





Penyanyi yang masih muda dan sedang meningkat naik namanya, sebelum ini mengejutkan orang ramai apabila memberikan bayangan mahu berhenti menyanyi selepas mengalami kemurungan sejak awal tahun ini.

Namun, segalanya masih dalam pertimbangannya dan akan membuat keputusan mengenai kariernya itu pada Julai ini.

Tetapi baru-baru ini, muncul pula seorang individu yang mendedahkan sikap serta perangai buruk Haqiem yang dilabelkan sebagai seorang yang berlagak sejak kemenangannya di Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) pada Februari lalu.

Klik untuk gambar besar


Tuduhan yang dibuat di akaun Twitter itu menjadi bualan hangat netizen dan timbul lagi pelbagai spekulasi liar.

Rata-rata yang terkejut dengan tuduhan dibuat pengguna twitter itu menganggap ia adalah bentuk siber buli dan melahirkan kebimbangan terhadap Haqiem memandangkan dirinya mengalami kemurungan.

Menjawab segala tuduhan yang dilemparkan kepada dirinya, Haqiem memberitahu beliau sebagai manusia biasa juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

Namun, adakah kesilapan itu terlalu besar sehingga beliau dihakimi serta dihukum dengan teruk. Haqiem tidak mahu netizen terus meghinanya lagi.



Jelasnya, dia tidak pernah mengeluarkan kata-kata makian terhadap peminat dan berharap serangan terhadapnya dapat dihentikan.

Tambahnya penyanyi lagu 'Segalanya', dia tidak menyimpan dendam dan percaya semua perkara yang berlaku akan berlalu.

Mengulas mengenai individu yang melemparkan pelbagai tuduhan terhadapnya, Haqiem berkata, dia mungkin ada membuat kesalahan terhadap lelaki tersebut sehinggakan dia terlalu marah kepadanya.

Kata Haqiem, dia memaafkan perbuatan individu itu malah bersedia untuk bertemu dengannya bagi memperbetulkan salah faham yang berlaku.














www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: