21 June 2018

TERHARU FOTONYA DALAM DOMPET AYAH - ISMA MOHON DOA


"xnak minta apa2 minta uols doakan ayah kembali sembuh .. now ayah dah tak boleh bergerak dan berckp. cepat baik ayah kita boleh sembang mcm dulu. Manalah tau ada keajaiban kan? Allah Maha Berkuasa," kata penyanyi Isma.





Ujarnya, dia tidak meminta apa-apa daripada orang lain mahupun peminat hanya memohon agar bersama mendoakan bapanya kembali sembuh.

Bekas peserta Akademi Fantasia Musim Ketujuh (AF7) ini memberitahu dalam statusnya itu, keadaan bapanya tidak boleh bergerak dan bertutur.

Menerusi status itu, peminat turut mendoakan kesihatan bapa Isma agar segera sembuh.

Klik untuk gambar besar


Lebih menyentuh hati Isma apabila mengetahui bapanya sentiasa menyimpan gambarnya sehingga beliau jatuh sakit. Jelasnya, dia hanya mengetahui kewujudan foto tersebut selepas bapanya sakit.

Apa yang membuatkan netizen di media sosial terharu dan tumpang simpati adalah gambar anak beranak itu di simpan dalam dompet bapa penyanyi itu.

"Ayah letak gambar i dlm dompet dia, dpt tau pun masa ayah jatuh sakit," tuturnya menerusi Twitternya.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: