21 June 2018

TAK NAFI SAKIT GANGGU KERJAYA - EZAD TETAP KUAT SEMANGAT


Sebelum ini, penyanyi Ezad Lazim dimasukkan ke hospital selepas diserang gastrik kronik atau Gastroesophageal Reflux (Gerd) dan kerana itu beliau terpaksa membatalkan persembahannya.





Bekas bintang Gegar Vaganza musim 2 (GV2) itu mengakui perjalanan seninya sedikit terganggu selepas mengalami Gerd sejak beberapa tahun lalu.

Penyanyi lagu 'Mengintai Dari Tirai Kamar' itu memberitahu yang dia masih positif untuk meneruskan kerjaya seninya kerana itu merupakan salah satu punca rezeki bagi keluarganya sejak dulu lagi.

"Sebelum ini saya terpaksa membatalkan persembahan pada saat-saat akhir kerana tidak dapat melakukan persembahan disebabkan penyakit yang dialami ini.

Klik untuk gambar besar


"Saya tak nafikan bahawa penyakit ini sedikit sebanyak menggangu kerjaya seni saya sebagai seorang penyanyi.

"Alhamdulillah selepas mendapatkan rawatan penyakit ini semakin pulih dan saya harus pantang makan pedas sebab Gerd ini macam sakit gastrik cuma dia lebih teruk lagi.

"Pada awalnya dulu saya risau juga bila orang tahu saya ada penyakit ini tapi saya tetap kuatkan semangat untuk buktikan kepada orang ramai bahawa bahawa saya mampu lakukankan persembahan seperti biasa," katanya kepada Astro Gempak.

Ezad berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Rusa Music & MVM Production di Hotel Royal, Kuala Lumpur, baru-baru ini.






www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: