21 June 2018

"ISU CIPTA GIMIK ATAU..." - IBU AKUI HAQIEM KECEWA DENGAN KAWAN BAIK


"Haqiem ada meluahkan rasa kecewanya terhadap saya. Sedih juga tengok dia seolah-olah putus harapan dengan apa yang berlaku.





"Apa yang boleh saya kongsikan, Haqiem kecewa kawan baik 'tikam belakang' dan 'bermuka-muka' terhadapnya. Hadapan cakap lain, belakang cakap lain pula.

"Paling sedih, ada yang memperlekeh bakat Haqiem sebagai komposer muda. Tak kurang juga nak laga-lagakan Haqiem dengan orang lain tanpa ada perbincangan secara baik.

"Sebagai ibu, saya agak terkilan kerana kawan-kawan baiknya itu sudah saya anggap seperti ahli keluarga sendiri. Mereka selalu lepak di rumah bersama Haqiem, sudah seperti adik-beradik," kata ibu kepada penyanyi Haqiem Rusli, Nazrah Nordin, 50.

Kontroversi bakal berhenti daripada bidang nyanyian yang diluahkan penyanyi lagu 'Tergantung Sepi' itu di Instagram baru-baru ini nampaknya masih menjadi bualan hangat.

Klik untuk gambar besar


Rakan artis seperti Caprice dan As’ad Motawh turut memberi sokongan mengenai masalah tekanan yang dihadapi penyanyi muda tersebut.

Namun sebagai ibu, Nazrah menasihati anak lelakinya itu agar banyakkan bersabar dan berdiam diri sahaja. Bagaimanapun, ibu Haqiem enggan mentakan siapakah individu yang dimaksudkan.

"Siapa mereka tu, rasanya biarlah menjadi rahsia antara kami. Saya pun tak mahu aibkan siapa-siapa sebab semuanya boleh diselesaikan cara baik.

"Lagi pun, hal ini terjadi antara Haqiem dan kawan-kawannya, rasanya lebih baik mereka yang uruskan serta selesaikan sendiri apa yang berlaku.



"Sebagai ibu, saya nasihatkannya agar banyak bersabar dan lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin mengguris hati orang lain. Diam itu lebih baik," tuturnya.

Pada masa sama, ibu penyanyi terbabit turut memberikan kebebasan buat anak lelakinya itu sama ada mahu teruskan kerjaya dalam seni atau sebaliknya.

"Sebagai ibu, saya memberi kebebasan kepada Haqiem untuk membuat keputusan. Kalau dia mahu bersara disebabkan kekecewaan itu, terpulanglah.

"Apa-apa pun, saya nasihatkan dia agar berfikir panjang dan susun perancancan masa depan sebelum membuat keputusan.



"Sama ada dia mahu bersara atau tidak dalam nyanyian, tunggulah dia umumkan nanti awal Julai ini. Saya tidak masuk campur kerana beri kebebasan untuk dia fikir apa yang terbaik," katanya.

Ditanya sama ada kemungkinan apa yang yang dilakukan Haqiem sebagai satu gimik, Nazrah memberitahu, Haqiem perlu tanggu apa sahaja kesannya.

"Andai kata timbul isu Haqiem mencipta gimik atau sengaja mahu mencetuskan isu, dia harus tanggung sendiri kerana itulah keputusan yang dilakukannya.

"Bagi saya, anak remaja ni perlu diberi ruang untuk membuat keputusan. Dalam masa yang sama, ibu bapa dan keluarga haruslah pantau dan sentiasa menyokong apa yang terbaik," ujarnya.

Apapun, kami harap Haqiem dapat menyelesaikan konflik yang dihadapinya dengan baik. Sebagai ibu, mestilah mahu yang terbaik buat anak-anaknya kan?






www.myartis.com / Sumber: URTV


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: