21 June 2018

JELEK TERIMA FOTO 'ANU' LELAKI - FARAHDHIYA RASA NAK DEDAHKAN


Sebelum ini, penyanyi dan pelakon Farahdhiya pernah mendedahkan dirinya menerima gambar lucah remaja lelaki di bawah umur.





Bagaimanapun baru-baru ini, Farahdhiya mendedahkan bahawa perkara tersebut masih belum berkesudahan apabila sehingga kini dia banyak menerima gambar kemaluan lelaki yang dihantar menerusi mesej peribadi (DM).

"Jujurnya dah banyak kali terima gambar kemaluan lelaki yang dihantar melalui DM, I'm getting sick of it!," tulisnya di InstaStory.

Luah penyanyi berusia 34 tahun itu, dia mula berasa jelek dengan perbuatan memalukan itu sehingga merasakan ingin mendedahkan profil penghantar gambar kemaluan kepada umum sebagai pengajaran.

Klik untuk gambar besar


Malah Farahdhiya turut bertanya kepada pengikutnya sama ada dia patut mendedahkan atau pun tidak perbuatan terkutuk itu.

Sehingga artikel ini ditulis, sebanyak 82 peratus bersetuju Farahdhiya mendedahkan identiti pemilik profil yang menghantar gambar lucah kepadanya.

"I rasa I nak kongsi nama orang tu dan gambar 'anu' dia sekali, biar satu Malaysia tengok. Nak sangat tunjukkan? Should I?," tulisnya lagi.

Ini bukan kali pertama dia menerima gangguan berbentuk seksual seperti itu malah pernah menyekat ramai pengikutnya daripada terus menggangunya.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: