21 June 2018

ISU VIDEO: "HANYA BERGURAU" - SITI SARAH KESAL DITUDUH BIADAP


"Lelaki ini Raissuddin Hamzah. Dia bapa kandung saya, kami hanya bergurau. Dari video ini sebenarnya apa yang kita lihat dia sangat sporting melayan karenah anak-anak yang suka bergurau.





"Nak dijadikan cerita ada pihak yang kata saya biadap sebab tak beli barang pakcik ini. Kenapa la suka sangat nak keji caci orang tanpa usul periksa.

"Semoga Allah permudahkan hidup kalian amin," ujar penyanyi Siti Sarah Raissuddin menerusi laman Instagram.

Siti Sarah menerima kecaman netizen gara-gara dirinya tidak membeli barang yang dijual seorang lelaki dalam sebuah video dimuatnaiknya itu.

Bagaimanapun, Sarah menjelaskan video berkenaan hanyalah sekadar gurauan, manakala lelaki tua itu ialah bapa kandungnya iaitu Raissuddin Hamzah.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Sarah menasihatkan agar netizen mengkaji terlebih dahulu sesuatu perkara sebelum bertindak meninggalkan komen negatif.

Sarah mengulas berkenaan video yang dimuatnaik di Instagram pada Rabu telah disalah anggap oleh netizen.

Penyanyi lagu 'Kesetiaan' ini dikatakan bersikap biadap kerana tidak membeli barang-barang yang dijual oleh lelaki berkenaan.

Sementara itu, menjawab komen salah seorang pengikutnya, Sarah berkata, dia berasa sedih dengan komen negatif netizen sehingga terfikir untuk menutup akaun tersebut.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: