26 July 2018

6 FOTO - BILA AIDIL TERIMA KEJUTAN HARI LAHIR DARI FASHA


Semua mengetahui mengenai hubungan kedua-dua pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz yang sehingga kini masih menjadi tanda tanya.





Dikhabarkan menjalin hubungan cinta, pasangan ini senang berdampingan sebagai teman tapi mesra tanpa memberikan penjelasan lanjut mengenai hala tuju hubungan mereka.

Namun baru-baru ini, pelakon Fasha Sandha membuat kejutan sambutan ulang tahun kelahiran Aidil Aziz yang ke-31 malam tadi di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur.

Menerusi kemas kini laman sosial Instagram milik jurugambar Aqo Imran, Aidil nyata terkejut dengan sambutan tersebut dan berkata: "Thank you so much. Memang speechless tak tahu nak cakap apa".

Klik untuk gambar besar


Bersempena hari lahir Aidil, Fasha turut memuatnaik sebuah video kompilasi fotonya bersama Aidil menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, rata-rata netizen mengambil peluang untuk memberikan ucapan selamat hari lahir kepada Aidil.

Peminat mereka turut mendoakan agar hubungan Fasha dan Aidil berakhir di jenjang pelamin.










www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: