12 July 2018

"BIAR SENDIRIAN DULU, PERKAHWINAN BUKAN KEUTAMAAN" - FATHIA


"Bukan saya tidak percaya pada institusi perkahwinan tetapi pengalaman gagal dalam percintaan sebelum ini banyak mengajar dan mematangkan diri ini.





"Biarlah saya hidup sendirian dulu sehinggalah bertemu dengan lelaki yang tepat untuk dijadikan kekasih dan calon suami.

"Jika dulu, saya yang mengejar cinta lelaki tetapi kini tidak lagi. Selepas adik perempuan berkahwin, pastinya emak juga mahu melihat saya berumah tangga.

"Saya pula sebaliknya melihat perkahwinan bukan keutamaan buat masa sekarang kerana mahu mengukuhkan nama dalam karier seni," kata pelakon Fathia Latiff, 31, yang mengakui tidak melihat perkahwinan adalah jaminan kebahagiaan dalam hidup seseorang.'

Menurut pemilik nama penuh Nur Fathia Abd Latiff ini, dia juga lebih rela bergelar solo dari berpasangan dan akhirnya dikecewakan lagi.

Klik untuk gambar besar


Pada masa sama, kata pelakon yang menempa nama menerusi drama 'Ariana Rose' itu, dia juga tidak terdesak untuk mencari pengganti dalam tempoh terdekat ini.

Ditanya sama ada dirinya dihimpit golongan VIP dan ahli politik ketika ini, Fathia menafikannya selain mengatakan mungkin lelaki takut mendekatinya kerana beliau terlalu serius dalam bekerja.

"Saya bukannya artis baru untuk digosipkan lagi dengan golongan terbabit. Mungkin juga lelaki takut nak mendekati kerana saya nampak lebih matang dan serius dengan karier seni berbanding dulu," ujarnya.

Nampaknya ia kedengaran seperti trauma disitu, apa-apapun kami harap Fathia tidak putus asa lama-lama kerana pasti ada jejaka diluar sana sudi mengisi kekosongan dan kekecewaan hati itu.












www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: