12 July 2018

BILA CIK B DAPAT HADIAH MERCEDES BENZ CLK


Amboiii... memang berutung sungguh menjadi anak kepada jutawan! Begitulah anak perempuan Datuk Seri Vida (DSV) yang lebih mesra dipanggil Cik B apabila menerima hadiah sebuah kereta mewah, Mercedez Benz CLK yang berharga setengah juta meskipun baru berusia 13 tahun.





Perkongsian yang dimuatnaik di laman Instagram milik usahawan tersebut menunjukkan Cik B mencuba kereta barunya itu.

Jelas Vida, anaknya menginginkan kereta Mustang sebagai hadiah hari jadi namun beliau memilih untuk memberi Mercedes dahulu.

Bagaimanapun tindakan Vida menghadiahkan kereta mewah kepada anaknya yang masih muda menimbulkan perbalahan di ruangan komen.

Klik untuk gambar besar


Ada yang menganggap Cik B terlalu muda untuk membawa kereta itu kerana tidak mempunyai lesen memandu.

Bukan itu sahaja, malah ada juga mendakwa sikap Vida itu hanya 'merosakkan' lagi anaknya dengan limpahan kemewahan pada usia muda.

Apapun, mungkin tidak lama lagi Cik B bakal memiliki lesen memandu, apalagi bila kereta sudah ada! Heh!


















www.myartis.com / Sumber: Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: