25 July 2018

"CARI KEBURUKAN ORANG ADALAH PALING MALANG" - FATHIA LATIFF


Nama Fathia Latiff sebelum hangat diperkatakan sejak dihimpit dengan kontroversi 'Bigo Live' dan sering menyuarakan pendapatnya tentang isu politik negara.





Pelakon 'Ariana Rose' ini tidak dapat lari daripada kecaman netizen kerana ada sahaja pihak yang akan cuba mencari kesalahan Fathia dan mengkritik beliau.

Mungkin sudah tidak tahan dengan komen-komen negatif, Fathia menerusi akaun Twitternya telah 'menyekolahkan' Mak Cik Bawang yang hanya tahu jaga tepi kain orang sahaja.

Klik untuk gambar besar


Buat Fathia, orang yang suka mencari keburukan orang lain ini sebenarnya orang yang paling malang di dunia.

Rasanya sudah lama Fathia memendam rasa dan akhirnya kesabaran beliau sudah mencapai batasnya. Fathia sudah pun berjanji akan berubah ke arah yang lebih baik dan netizen seharusnya sokong dan tidak lagi ungkit kisah lalu.

Apa-apa pun, kami harap Fathia kekal tabah dalam hadapi semua ini.




www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: