25 July 2018
'THROWBACK' UNDANG KEMARAHAN - INTAN LIANA LUAH RASA BENGANG
"Suka hati nak letak gambar throwback ke apa ke... apa masalah sis? Aku nak letak gambar kenangan aku bersalin suami dulu teman pun boleh la. Gambar kahwin aku pun boleh la... Apa masalahnya???.
"Hhahaha nak cakap aku tak move on...!! Nak gelak.. Aku lagi nak gelak perangai kau... Nak bukti.. Banyak alaaaaaa.... Huh aku dah geram aku dah meroyan niii..
"Agak-agak ok tak kalau aku keluarkan semua yang kau kata aku sis????" antara kata-kata Intan Liana Saleh menerusi Insta Stories.
Bekas isteri kepada Ude Wahid itu berang apabila ada individu yang kurang senang apabila dia memuatnaik foto kenangan bekas suaminya itu bersama anak-anak mereka di laman sosial Instagram miliknya pada malam Isnin.
Klik untuk gambar besar
Intan berkata, tindakan itu bukan suatu perkara yang salah kerana ia hanya sekadar gambar kenangan ketika dia masih menjadi isteri kepada Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid.
Intan memuatnaik foto Ude bersama anak-anaknya dengan kapsyen bahawa lelaki itu adalah bapa kepada anak-anak berkenaan.
"Tb (throwback) je pun bukan tibai (rampas) laki (suami) orang sah-sah bapa anak-anak aku juga. Sorry terkasar bahasa sikit," ujarnya.
Rata-rata netizen menyokong tindakan Intan yang menganggap wanita itu akhirnya berani bersuara.
Dalam pada itu, Intan berkata, dia berdiam selama ini adalah atas pilihannya dan bukan kerana termakan budi mana-mana pihak.
"Konon cakap selama ni aku tak berani bersuara... aku diam sebab banyak makan budi ko... Excuse meeeeeee!!!! nak aku bersuara ke???,"tulisnya.
Tambah Intan dia juga bersedia untuk bertemu individu yang dimaksudkan itu jika ada perkara yang masih tidak selesai.
Katanya, dia tidak mahu lagi mendengar tentang perkara buruk yang hanya mengundang fitnah semata-mata.
Awal tahun ini, nama Intan menjadi perhatian apabila perkahwinan kedua Ude dengan aktres Izreen Azminda terbongkar.
Bagaimanapun Ude menceraikannya dengan talak satu pada 22 Mac lalu selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.
Mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, 1 tahun, manakala Ude dan Izreen berkahwin secara rahsia pada 8 Ogos tahun lalu.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment