25 July 2018

ISU DIPELUK BOY IMAN: "SEKURANGNYA AKU TAK CURANG" - IFA RAZIAH


Foto aksi memeluk penyanyi Ifa Raziah yang dimuatnaik oleh penerbit dan pelakon Datuk Boy Iman di laman Instagram miliknya itu telah dikecam teruk oleh netizen kerana dikatakan tidak menjaga sensitiviti sebagai orang beragama Islam.





Rata-rata mereka mempertikaikan tindakan Boy Iman dan Ifa tidak menjaga sensiviti sebagai penganut agama Islam yang mengharamkan sentuhan bukan mahram dan tidak sesuai dengan imej Ifa yang berstatus isteri orang.

Malah apa saja alasan Boy Iman tidak boleh diterima kerana niat tidak menghalalkan cara walaupun sudah menganggap Ifa sebagai kakak sekali pun.

Namun, Ifa mempersoalkan banyak drama atau filem sekarang yang mempunyai babak berpelukan dan bersentuhan namun boleh diterima ramai kerana ianya hanya lakonan semata-mata.

"Dok berlakon dalam drama dan filem tu ada juga babak berpeluk, bercium, berpegang tangan. Kadang-kadang tu sampai terlajak beromen pun ada selagi ruang dan peluang itu tak apa dibolehkan sebab berlakon saja walaupun bukan mahram.

Klik untuk gambar besar


"Walaupun bukan ada perasaan hawa nafsu tu halal ke?" tulis penyanyi lagu 'Terus Terang' ini menerusi laman Instastory miliknya.

Pada masa sama, Ifa juga berang dengan komen netizen yang mengatakan dia seperti berlaku curang dengan suaminya.

Artis serba boleh berusia 43 tahun itu memberitahu suaminya iaitu Mohd Yani Abdul Rahman mengenali siapa dirinya lebih daripada orang lain.

"Sekurang-kurangnya aku tak curang dengan laki (suami) aku! Atau 'main' (mempunyai hubungan) dengan jantan lain atau bercinta dengan jantan lain. Hello suami aku pun kenal siapa aku sebenarnya baik dan buruk aku," kata selebriti yang dilabelkan sebagai 'Diva' itu.



Kata Ifa lagi, dia sudah tidak kisah sekiranya ada pihak yang tidak menyukainya kerana beranggapan perkara itu tidak penting lagi baginya

Dalam pada itu, Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, menyifatkan isu foto Boy Iman memeluknya itu hanya perkara kecil dan tidak perlu digembar-gemburkan.

"Saya dan suami memang rapat dengan Boy Iman, malah dia sudah kami anggap seperti adik sendiri. Disebabkan terlalu rapat, jika ada benda yang tidak kena, kami akan saling menegur.

"Foto itu diambil ketika saya dan Boy Iman bertemu pada satu majlis, baru-baru ini. Dia memeluk kerana mahu memujuk saya yang marahkan dia kerana lupa diri. Hanya itu dan rasanya, tidak perlulah perkara ini dihebohkan," tuturnya










www.myartis.com / Sumber: mStar & Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: