26 July 2018

PENDARAHAN TERUK - SYATILLA MELVIN REDA KEGUGURAN


"Sekitar minggu lepas, saya mengalami pendarahan yang sangat teruk selepas melakukan kerja rumah. Mungkin saya penat sangat sehingga janin yang telah berusia enam minggu gugur.





"Pada mulanya, saya agak sedih, maklumlah kami memang merancang untuk menambah zuriat. Tetapi, saya dan suami reda dengan apa yang telah berlaku.

"Saya mendapat tahu hamil ketika bercuti di luar negara, tetapi belum membuat pemeriksaan kerana tidak mahu keluarga risaukan keadaan saya. Nanti semua kerja tidak boleh buat.

"Hanya selepas pulang bercuti, baru saya menjalani pemeriksaan," kata pelakon Syatilla Melvin yang mengakui kecewa apabila hasrat untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian, bagaimanapun reda di atas kejadian tersebut.

Klik untuk gambar besar


Tambahnya, mengambil pengajaran terhadap apa yang terjadi, dia dan suaminya akan terus berusaha mendapatkan cahaya mata kedua dan dalam masa yang sama akan menjaga sebaiknya kesihatan diri dan kandungan.

"Memang kami berharap untuk mendapat anak kedua secepat mungkin. Jika diizinkan Allah, saya mahu lima anak sebelum usia mencecah 40 tahun.

"Jika selepas ini saya ditakdirkan hamil lagi, saya akan menjaga kandungan tersebut sebaiknya," kata Syatilla yang kini masih melalui proses berpantang.



Untuk rekod, Syatilla pernah mengalami keguguran sebelum dia mengandungkan Syeriv. Bagaimanapun, rezekinya untuk menimang cahaya mata dipermudahkan apabila disahkan hamil sebulan kemudian.

Shaheizy dan Syatilla berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, bernama Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017.

Apapun, semoga usaha dan juga urusan Syatilla atau nama sebenarnya, Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 26, dan juga keluarga dipermudahkan.




www.myartis.com / Sumber: mStar & Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: