26 July 2018

LISDAWATI SELAMAT BERSALIN - FAUZI TIMANG ANAK KE-8, LELAKI


Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Lisdawati dan suaminya, Fauzi Nawawi yang telah selamat menimang cahaya mata lelaki yang dilahirkan secara normal kira-kira pukul 10 malam kelamrin di sebuah pusat perubatan.





Menurut Fauzi, anak dan isterinya kini dalam keadaan yang baik biarpun berat bayi itu lebih dari jangkaan iaitu sebanyak 3.54 kilogram.

"Alhamdulillah isteri dan anak saya dalam keadaan baik selepas melahirkan anak lelaki kami seberat 3.54 kilogram.

"Diikutkan, isteri dijangka melahirkan pada 20 Julai lalu. Namun, saya bersyukur kerana proses kelahiran kali ini sangat mudah.

Klik untuk gambar besar


"Lisda mengadu sakit kira-kira jam 5 petang semalam, tetapi kami hanya sampai di hospital selepas Maghrib. Sepanjang hamil, Lisda sangat bertenaga.

"Dia menyertai dua acara berbasikal sejauh 10 kilometer setiap satu ketika kandungan mencecah enam bulan, selain berpuasa penuh sepanjang Ramadan lalu.

Kata Fauzi yang turut mengusahakan hotel butik, nama cahaya mata mereka akan dimaklumkan dalam tempoh tujuh hari.



"Buat masa ini belum ada nama tetapi memang sudah berbincang dengan isteri untuk memberi nama mempunyai makna yang baik," katanya.

Ia merupakan anak kelapan bagi Fauzi iaitu masing-masing empat orang bersama Lisdawati dan empat lagi bersama perkahwinan terdahulu.

Bagi Fauzi, beliau memang suka mempunyai anak yang ramai kerana gemar keluarga yang besar untuk mereka suami isteri.

"Saya ini tidak kaya harta tetapi memang saya suka harta akhirat iaitu anak-anak. Bagi saya ini adalah amanah untuk kami suami isteri," jelasnya yang mendirikan rumah tangga bersama Lisadwati pada 9 September 2007.




www.myartis.com / Sumber: Utusan & Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: