15 July 2018

SHAHIR BERI BAYANG KAHWIN TAHUN INI : "TAK MANIS BERKATA" - ERRA


Hubungannya bersama aktres jelita, Erra Fazira, penyanyi Shahir Zawawi, 29, memberi bayangan bakal mengakhiri dengan ikatan perkahwinan.





Mengaku sudah bersedia untuk menjadi suami dan bapa kepada puteri tunggal Erra, Engku Aleesya, 9, Shahir menegaskan perhubungan mereka turut mendapat restu keluarga.

"Insya-Allah, kalau ada rezeki tahun ini, maka tahun inilah (kami berkahwin). Saya bagaimanapun belum dapat memaklumkan tarikhnya. Apabila tiba masanya nanti, saya akan beritahu kepada semua.

"Alhamdulillah, hubungan kami tiada masalah dan keluarga saya juga merestuinya. Cuma, saya menunggu tarikh dan ketikanya saja," katanya ketika ditemui media pada majlis kenduri durian anjuran restoran Teh Tarik Place cawangan Setapak Sentral.

Masih menyusun perancangan untuk melangkah ke alam perkahwinan, Shahir berkata, dia sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami dan menjadi seorang ayah.

Bintang Akademi Fantasia itu bagaimanapun menafikan dirinya membawa rombongan merisik ke rumah Erra, 44, pada hari raya pertama lalu. Sebaliknya dia berkata, kunjungan itu sekadar ziarah keluarga sempena Aidilfitri.

Klik untuk gambar besar


"Kami mungkin akan terus bernikah, tanpa majlis bertunang. Apa pun, saya serahkan kepada jodoh. Aleesya juga menerima baik kehadiran saya.

"Namun, buat masa ini, saya memohon sedikit ruang untuk membuat perancangan. Apabila sudah ada tarikhnya nanti, saya akan hantar jemputan," jelasnya.

Shahir yang mengakui sudah bersedia menjadi 'bapa segera' apabila berkahwin dengan Erra kelak itu sekali gus mengesahkan hubungan antara mereka yang hangat diperkatakan sejak tiga tahun lalu.

"Alhamdulillah, hubungan saya dengan Engku Aleesya pun okay. Malah, dalam kalangan keluarga saya juga, mereka sentiasa mendoakan yang baik-baik agar segala dirancang berjalan lancar dan tidak ada halangan," ujarnya.

Dalam pada itu, primadona filem Melayu alaf baru itu memaklumkan tidak pernah ada sebarang perancangan berkaitan hubungannya bersama Shahir sepanjang perkenalan mereka.



Erra menegaskan, mereka masih berkawan, namun tiada perbincangan untuk melangkah ke fasa lain, termasuk bertunang dan sebagainya.

"Seperti yang selalu saya tegaskan sebelum ini, tidak ada apa-apa. Tidak manis untuk saya yang berkata-kata. Saya hanya berkawan dan masih menjadi kawannya.

"Yang berkawan juga adalah saya dan Shahir, belum sampai ke tahap keluarga juga sudah saling mengenali," katanya ketika ditemui media pada majlis rumah terbuka Syawal Mind Order.

Bercerita lanjut, Erra dalam nada bergurau berkata, beliau belum bersedia menghadiahkan Aleesya bapa baharu memandangkan tidak mempunyai sebarang komitmen dengan lelaki secara serius.

"Kalau tanya pada saya sama ada Aleesya terima atau tidak, kalau dia boleh terima emak baharu, kena juga terima bapa baharu. Tapi belum lagi tiba masanya," ujar Erra tertawa.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: