27 August 2018

CEDERA MAIN BOLA - RAHIM SEPAHTU TERIMA 6 JAHITAN


"Ini yang malas jadi kesebelasan utama @superlawakfc mesti jadi sasaran.. terpaksa menarik diri dari national call up," demikian kata pelawak, Rahim Sepahtu apabila mengalami kecederaan dipercayai saat bermain bola sepak padang awal malam semalam.





Lebih memeritkan, kecederaan di bahagian bawah kening kanannya itu yang dipercayai luka dalam menyebabkan bintang berkenaan terpaksa menerima enam jahitan di bahagian tersebut.

Rahim yang juga merupakan penyampai radio itu turut mengucapkan terima kasih atas doa peminat agar dia cepat sembuh.

Klik untuk gambar besar


"Terima kasih semua yang mendoakan. InsyaAllah tak ada apa-apa yang serius, tapi dapat jugalah 6 jahitan," tuturnya.

Terdahulu menerusi posting di kelab bola sepak yang disertainya iaitu SuperLawak FC, akaun berkenaan ada memuatnaik posting mengenai perlawanan bola sepak di antara pasukan tersebut menentang G4L FC di padang Mtshuhita, Shah Alam.






www.myartis.com / Sumber: Instagram Rahim Sepahtu


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: