27 August 2018

TAYANG BAYANG - NAZIM OTHMAN TEMUI PENGGANTI?


Semua yang mengikuti laman sosial pelakon Nazim Othman, pasti mengetahui yang beliau banyak menghabiskan masa mencari ketenangan dengan bercuti ke tempat-tempat menarik sejak berpisah dengan Bella Dally beberapa bulan lalu.





Terkini menerusi laman Instagram, Nazim telah memuatnaik foto bayang-bayang seorang gadis dan kapsyennya juga agak 'sesuatu' menyebabkan ia mencetuskan pelbagai tanda-tanya.

Melihat pada ruangan komen, rata-rata netizen menganggap pelakon lelaki itu sudah menemui cinta baharu. Ada juga yang mendoakan kebahagiaan Nazim bersama 'teman istimewanya' itu.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, Nazim hanya berdiam diri mengenainya meskipun beliau ada membalas beberapa komen di Instagramnya itu.

Apapun, jika benar Nazim sudah menemui pengganti.. kami harap satu hari nanti beliau dapat berkongsi siapakah gerangan gadis yang berjaya mencuri hatinya itu.










www.myartis.com / Sumber: Nazim Othman


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: