27 August 2018

TAK DEDAH KEKASIH - RUHAINIES BIMBANG KENA 'CURI'


Ketika menjawab soalan secara rawak daripada pengikutnya menerusi fungsi pertanyaan di Instastory, pelakon Ruhainies memberi bayangan hatinya sudah dimiliki.





Pada masa sama, pengikut itu turut bertanya siapakah jejaka yang berjaya menambat hatinya, Ruhainies memberitahu dia akan mendedahkan jejaka istimewa itu untuk tatapan umum.

"Tulah. Finally! Tunggu suatu hari nanti saya akan dedahkan," jawabnya yang sbelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan pemain bola sepak pasukan Johor Darul Tazim (JDT), Safawi Rashid namun menegaskan mereka hanya sekadar rakan.

Baru-baru ini, dia dikatkan pula sedang mengenali rapat seorang jejaka yang dipercayai ahli perniagaan namun tidak pernah mendedahkan wajah lelaki itu di media sosialnya.

Klik untuk gambar besar


Namun Ruhainies ada memuatnaik paparan skrin perbualan romantis dipercayai dengan kekasihnya itu di Twitter.

Dalam pada itu, menjawab soalan lain, Ruhainies secara bergurau memberitahu dia tidak mahu mendedahkan identiti teman lelakinya itu kerana bimbang ia akan diambil orang.

"Satgi orang curi," katanya ringkas yang turut memberitahu lelaki budiman adalah ciri-ciri yang dicarinya dalam diri seorang jejaka.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: