27 August 2018

KEGIATAN KOKURIKULUM - ADAM SHAHZ BERI CADANGAN


"Pelajar sekolah menengah khususnya perlu diwajibkan turut serta dalam badan beruniform sekolah atau kadet dalam membentuk jati diri remaja di peringkat awal.





"Modul pembelajaran ini perlu diambil kira dengan serius sebagai satu kegiatan kokurikulum. Memandangkan tidak ada lagi kewujudan PLKN, modul kegiatan ko-ku di peringkat sekolah menengah perlu kaji selidik.

"Sedikit sebanyak remaja sekolah kurang terdedah dengan gejala tidak bermoral," tulis pelakon Adam Shahz menerusi laman Twitter miliknya yang memberi cadangan mengenai kegiatan kokurikulum di peringkat sekolah menengah.

Adam memberi cadangan kepada Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik untuk mewajibkan pelajar sekolah menengah menyertai badan beruniform atau kadet.

Kata Adam, pihak kerajaan juga perlu mengkaji semula modul kegiatan kokurikulum memandangkan program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah dimansuhkan.

Klik untuk gambar besar


Menurutnya, dengan adanya aktiviti tersebut yang diambil secara serius sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan gejala tidak bermoral dalam kalangan remaja.

"Ko-ku beruniform sekurangnya dapat memupuk remaja berdisplin dan membina jati diri yang kukuh selari dengan hasrat menteri dalam mewujudkan generasi muda pemimpin negara.

"Kalau mahu generasi bermutu di masa akan datang, ianya perlu bermula sekarang," ujar pelakon yang pernah popular menerusi drama 'Juvana' ini.

Sebelum ini, kerajaan telah memutuskan PLKN dan Biro Tata Negara (BTN) dimansuhkan dan digantikan dengan program baharu yang dapat membentuk belia masa hadapan (Youth of the Future).




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: