28 August 2018

DIHENTAM ISU 'NO BRAINER' - SHILA AMZAH MOHON MAAF


Salah seorang peserta dalam program realiti Big Stage, Sarah Suhairi telah menyanyikan sebuah lagu Korea dari kumpulan Blackpink iaitu 'Ddu Du Ddu Du'.





Bagaimanpun, komen Datuk Seri Siti Nurhaliza terhadap Sarah Suhairi itu telah mendapat pelbagai reaksi termasuklah penyanyi Shila Amzah yang menghentam komen juri sebagai 'No Brainer'.

Tidak lama selepas persembahan tamat, Shila menyuarakan pendapat di laman Twitter dan mempersoalkan komen Siti mengenai lagu nyanyian Sarah (low note), yang dikatakan senang untuk dinyanyikan.

Klik untuk gambar besar


Selain itu, Shila turut menyatakan bahawa lagu yang mempunyai 'low note' sebenanrnya lagi susah untuk dibawa kerana perlu ada teknik tertentu. Dakwaan Shila terhadap Siti bagaimanapun mencetuskan kemarahan ramai.

Ramai berpendapat cara teguran Shila sangat biadap terhadap Siti yang juga seorang penyanyi lagenda. Ada juga mendakwa Shila 'perasan bagus' kerana memberikan komen sebegitu kepada penyanyi senior.

Namun tidak lama selepas itu, Shila memohon maaf kepada peminat yang berang dengan kata-katanya. Jelasnya, ianya hanya salah faham pemahaman dari apa yang ditulisnya. Mungkin maksud Shila 'no brainer' tu lain?










www.myartis.com / Sumber: Oh Bulan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: