07 August 2018

"HAVE FUN SAJA.. JANGAN NEGATIF, CARI SALAH SAYA" - HAQIEM


Penyanyi Haqiem Rusli yang dikecam gara-gara merampas mikrofon salah seorang peserta 'I Can See Your Voice' Malaysia pada Sabtu lalu itu menegaskan tindakannya hanya berseronok dan tidak perlu berfikiran negatif.





Malah, penyanyi lagu 'Tergantung Sepi' dan 'Jatuh Bangun' ini memohon agar netizen berhenti mencari kesalahannya.

"Netizen jangan terlalu nak mencetus sangat fasal program itu. Kita nak have fun sahaja. Jangan terlalu negatif, jangan terlalu nak cari kesalahan saya. Terima kasih," kata Haqiem menerusi laman sosialnya selain turut memberitahu beliau sudah lali dengan kecaman dan akan terus positif.

Menerusi video yang tular, Haqiem naik ke pentas ketika peserta itu sedang menyanyi, serta merampas mikrofon dari tangan individu terbabit. Ramai menganggap tindakan itu sebagai kurang ajar selain dikatakan berlagak poyo.

Bagaimanapun ada juga peminat mempertahankan tindakannya, menjelaskan Haqiem berbuat demikian diatas pemintaan ramai. Menurut Haqiem, ramai tidak memahami konsep program itu menyebabkan mereka berfikiran negatif.

Klik untuk gambar besar


Turut memberikan komennya mengenai isu Haqiem ini ialah pelawak dan pengacara Jihan Muse yang menjadi panel jemputan rancangan realiti tersebut.

Jihan memberikan kata-kata semangat buat Haqiem untuk abaikan sahaja segala komen negatif orang ramai.

Terdahulu, Haqiem dikritik hebat oleh orang ramai apabila membuat 'gimik' ingin berhenti menyanyi dan mendedahkan dirinya mengalami ‘depression’ hanya kerana ingin mempromosikan lagu baru.

Apa-apapun, kami harap Haqiem bersabar dengan dugaan sebagai insan seni dan dalam masa sama, boleh belajar apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak.








www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: