18 August 2018

ISU SAKIT - HALIM DEVOTEES NAFI ARDELL BUAT GIMIK


"Doakan Ardell dikurniakan kesihatan & kesembuhan. Please jangan cakap dia saje buat sakit untuk gimik muzik video ni.





"Kalau tak nak support jangan sampai mengecam okey," tulis penyanyi kumpulan nasyid Devotees, Halim Ahmad yang menegaskan kesakitan yang dialami pelakon Ardell Aryana bukan sebahagian daripada gimik untuk melancarkan muzik video lagu terbaharunya, 'Kekasih'.

Jelas Halim, Ardell menerima tawaran berlakon dalam muzik videonya selepas dia membuat pengumuman mencari pelakon di Instagramnya awal Ogos lalu.

Klik untuk gambar besar


Halim tampil dengan remake solo lagu 'Kekasih' nyanyian asal Devotees yang pernah popular sekitar tahun 2009.

Muzik video yang baru dilancarkan malam semalam yang menampilkan Ardell sehingga kini mendapat lebih 95,000 jumlah tontonan.

Ardell sebelum ini mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen berhubung status kesihatan dirinya hingga berkerusi roda. Situasi itu mencetuskan spekulasi hingga ada yang membuat andaian pelakon itu menghidap kanser.






www.myartis.com / Sumber: YouTube & Instagram Halim Devotees


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: