30 August 2018

JATUHKAN MARUAHNYA - VIDA TAK AKAN MINTA MAAF


"Saya tak akan sesekali mohon maaf. Maaf bukan boleh membasuh maruah saya yang sudah tercalar. Perkataan maaf walaupun senang diungkapkan tapi reputasi saya jatuh hancur berkecai.





"Adakah dengan memohon maaf itu boleh menggembalikan kepercayaan orang ramai? Saya berbesar hati nak bagi hadiah kalung itu tapi akhirnya kebaikan saya itu memakan diri.

"Ia ibarat mahu berjasa tapi nyawa hilang. Kalau ikutkan pemberian ikhlas saya itu tidak sepatutnya dijadikan isu sebenarnya," kata Datuk Seri Vida yang menegaskan bahawa dia tidak akan memohon maaf kepada Aishah berhubung menipu mengenai kalung berlian yang dihadiahkan pada penyanyi itu setelah memenangi Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4).

Melalui penelitian dan laporan ahli gematologi, kalung itu didapati palsu dan hanya menggunakan batu nilam sintetik dan kubik zirkonia. Vida mendakwa pendedahan Aishah telah menghancurkan reputasi yang telah dia bina.

Klik untuk gambar besar


Bercakap kepada mStar, Vida memberitahu permohonan maaf tidak akan menghentikan kutukan orang ramai terhadapnya berhubung kalung itu malah reputasinya juga kini telah hancur.

Tambah Vida, dia masih mempertahankan bahawa barangan kemas itu tulen dan ada sesuatu yang tidak kena jika benar ia didapati palsu.

"Gara-gara kalung itu satu Malaysia kutuk saya. Bukan (permohonan) maaf itu satu benda yang boleh mengubah keadaan dan kekeruhan yang berlaku.



"Tu barang kemas tulen. Saya tak tahu kalau ia palsu seperti didakwa Aishah, bermakna ada sesuatu yang tidak kena. Namun saya berserah kepada Allah dan anggap kontroversi ini sebagai satu hikmah yang diberikan kepada saya," ujarnya.

Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman, juga meminta agar Astro selaku penganjur Gegar Vaganza menemukannya dengan penyanyi lagu 'Janji Manismu' itu.

"Sebenarnya saya nak Astro temukan saya dengan Aishah kerana saya ingin jelaskan hadiah ini ikut suka hati saya nak bagi. Saya bukan ada kedai jual berlian, saya jual emas. Patut dulu saya bagi bagi emas promote produk saya. Tapi saya berbesar hati beri rantai tersebut dan tak sangka begini pula jadinya.

Mengikut laporan akhbar selepas finale GV4 berlangsung, kalung itu pemberian Vida dan ditaja oleh kedai emas miliknya, DSV Gold & Jewelry. Vida juga didapati pernah membuat pengumuman kemenangan Aishah menerima RM80,000 dalam bentuk barang kemas itu melalui satu rakaman sidang akhbar.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: