30 August 2018

TAHNIAH - SHARNAAZ SAMBUT ANAK SULUNG DI HARI LAHIR


Pada jam 9.01 pagi tadi (30.8.18), isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki di di Prince Court Medical Centre.





Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Sharnaaz menerusi laman Instagram selain turut dikongsikan oleh adik iparnya, Neloofa di InstaStory dengan ayat: "Baby J is out. Alhamdulillah and congrats sis @noornabila".

Insta Stories yang kemudiannya dikongsikan di laman Instagram rasmi Meletop itu turut mendapat ucapan tahniah tidak henti-henti buat pasangan berkenaan.

Klik untuk gambar besar


Selain itu, Sharnaaz turut memuatnaik ucapan tanda penghargaan buat isterinya yang sudah bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat mereka dan memberikan hadiah yang cukup istimewa dan bermakna buat beliau.

Lebih menarik lagi apabila 30 Ogos juga merupakan hari kelahiran Sharnaaz dan ia adalah hadiah hari lahir yang sungguh bermakna tahun ini.

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada Sharnaaz dan isteri. Semoga keluarga mereka ini terus dilimpahi dengan kebahagiaan dan rezeki dengan kehadiran orang baru.








www.myartis.com / Sumber: Utusan, Instagram Sharnaaz Ahmad & Meletop


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: