16 August 2018

"KUCING MATI PUN NAK SEDIH... TU HAIWAN" - DEDAH SAIFUL APEK


Kita sedia maklum pelawak dan pelakon komedi terkenal, Saiful Apek baru sahaja kehilangan kucing kesayangan yang diberi nama Ager.





Rata-rata netizen turut berasa sedih dan juga bersimpati dengan kehilangan tersebut. Bagaimanapun, ada seorang individu yang menyindir Saiful di media sosial.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Saiful menerusi laman Instagram yang menempelak sikap individu ini apabila memberikan komen kurang ajar selepas selebriti itu bersedih kerana kucing mati.

"Cantik pasu pada bunganya. Cantik Bangsa pada Bahasanya. Indah ISLAM pada Imannya." • sometimes.. it's not about the word, but it's how u say it," katanya.

Nyata, status Apek itu menarik perhatian netizen yang menasihati pelakon itu agar bersabar daripada komen individu sedemikian.

Klik untuk gambar besar


"Kucing tu kesayangan nabi.. Agknya org yg komen tu x de otak kot.. Blh nmpk yg dia bkn lah seorang yg penyayang dan mungkin tiada hati dan perasaan.. Sy sndri dh brpuluh kali kehilangan kucing, tak pernah tak menangis..

"Sbb kita dh anggp kucing tu sbhgian dri kluarga kita sndri.. Sakit nya rsa bla kehilangan sesuatu yg kita syg, Tuhan je yg tau..," kata @noorliana93.

"Hanya pencinta haiwan saje tau apa rasanya sakit tu bila haiwan peliharaan yg sll ada ngan kita pergi selamanya... saya dpt merasai apa yg @saifulapek rasa.... krn saya juga pernah mengalaminya...," kata @lesung_mama.






www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Saiful Apek


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: