16 August 2018

TUNAI HAJI BERSAMA ZAHIDA RAFIK - BETTY BANAFE MOHON DOA


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada kedua-dua pelakon Betty Banafe dan Zahida Rafik apabila berangkat sama mengerjakan ibadah haji tahun ini di Tanah Suci Makkah.





Betty atau nama penuhnya Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe, 39, berkongsi khabar gembira ini menerusi di laman Instagram.

Manakala Zahida pula, ia telah dikongsi menerusi Instagram Story rakan baiknya pelakon Datin Seri Umie Aida.

"Saya mohon dimaafkan segala kesalahan baik berupa tulisan, kata dan perbuatan melukai atau menyinggung perasaan.

Klik untuk gambar besar


"Demikian juga jika saya ada hutang atau janji yang belum saya penuhi, mohon untuk maklumkan segera kepada saya agar selama mengerjakan haji saya benar-benar dalam kondisi bersih dan merdeka," tulisnya.

Menerusi status sama, Betty yang bernagkat semalam ini berharap ibadah rukun Islam kelima itu dapat dilaksanakan dengan sempurna.

"Mohon doa tulus supaya saya dapat melaksanakan haji sesuai sunnah Rasulullah SAW, diberikan kesabaran dan kemudahan hingga mendapatkan haji mabrur serta pulang dengan selamat," katanya.








www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: