16 August 2018

"PAKAI SKAF SEBAB MALAS" - NABILA HUDA AKUI RINDU PAPA


"Saya memang sudah tawar hati dengan apa yang berlaku. Jujurnya saya enggan lagi bercakap mengenai soal ini dan biarlah ia terhenti di situ.





"Saya bukannya muda lagi dan banyak hati yang perlu saya jaga terutama keluarga sebelah suami," kata pelakon Nabila Huda, 34, yang tidak mahu memberikan sebarang komen tentang apa yang berlaku antara beliau dan ibu tirinya demi menjaga hati ramai pihak.

Namun, Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil mendedahkan hubungannya dengan bapanya, penyanyi rock Amy Search sudah lama bermasalah.

Paling menyedihkan, Abil turut mengakui beliau sudah tiga tahun tidak berjumpa dengan bapanya itu dan mengakui sangat rindu kepada Amy.

Klik untuk gambar besar


"Anda sendiri tahu bagaimana hubungan saya dengan papa, bukan? Dari dulu hinggalah sekarang, masalah kami tidak pernah selesai. Jujurnya, saya mengaku sangat rindukan papa. Sangat-sangat rindu. Sudah tiga tahun saya tidak berjumpa dengannya," tuturnya.

Beberapa bulan lalu, Abil memuatnaik status penuh kontroversi di Insta Stories mendakwa pernah dipukul dan dihalau dari rumah serta diaibkan oleh seorang individu. Rata-rata netizen yang membaca luahan hati Abil itu mengatakan ia seakan ditujukan buat ibu tirinya.

Dalam pada itu, ditanya tentang kritikan terhadap fesyen yang digayakan pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW 2018) Ahad lalu, Nabila berkata, dia bukan seorang yang suka berfesyen.

Pelakon 'Dendam Aurora' ini berkata, dia memakai skaf tersebut berikutan tiada masa untuk menghias rambutnya. Tambah Nabila, dia tidak terkesan dengan komen-komen negatif netizen, sebaliknya menganggap ia sebagai hiburan sahaja.






www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: