"Ada yang pernah tanya, adakah benar saya akan menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat. Perkara itu tidak benar. Setakat ini, tidak ada apa-apa perancangan pun. Saya selesa berkawan dengan dia dan hubungan kami pun masih seperti dahulu.

"Kalau ditanyakan bilakah saya akan berumahtangga, tenang-tenang dulu," kata pelakon dan pengacara, Mira Filzah yang menafikan khabar angin dia dan pelakon, Zizan Razak sedang membuat persiapan perkahwinan dalam masa terdekat.
Pemilik nama sebenar Nur Amirah Filzah Badioezaman, 25, mengakui selesa berkawan dengan Zizan kerana menyifatkan lelaki itu ikhlas dan telus dalam persahabatan.
Klik untuk gambar besar

www.myartis.com / Sumber: Harian Metro
________________________

No comments:
Post a Comment