30 August 2018

SUAMI BERI AMARAN - PUTERI SARAH TETAP TONTON


Meskipun suaminya Syamsul Yusof yang juga merupakan pengarah filem 'Munafik 2' itu sudah memberikan amaran kepadanya, pelakon Puteri Sarah Liyana mengakui dirinya tetap berdegil untuk menontonnya dek kerana terlalu teruja.





Bagaimanapun, kata Puteri Sarah, dia ada menutup mata pada bahagian filem berkenaan yang rasa tidak tahan kerana takut jadi apa-apa.

"Ramai DM Sarah tanye boleh ke wanita mengandung watch it? Well, terpulang pada diri masing-masing and korang boleh take it ke tak ðŸĪŠ R u strong enough??

"Husband mmg dah warning awal2, x bagi kita tengok tapi kita tetap nak watch. So I did watched it and ada a few parts yg tak tahan i tutup mata hihihihi. Takotlah pape nanti!

"So if preggy mommies wanna watch it and enjoy it boleh takde masalah cuma if pape.... pandai-pandailah ye 😋 happy watching 😉.

Klik untuk gambar besar


Susulan itu, ramai wanita mengandung lain yang menyatakan hasrat untuk menonton filem berkenaan di pawangan.

Ibu kepada Syaikhul Islam ini turut memberitahu, dia teruja untuk menonton, apatah lagi ia merupakan hasil kerjaya yang paling dinantikannya.

"Memang nak tonton sebab suami pun memang beri fokus lebih terhadap filem ini, bimbang adai ia tak boleh capai setanding filem sebelumnya.

"Alhamdulillah, dari media dan penonton terawal mereka berikan reaksi positif. Saya turut terharu," tuturnya






www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan & Instagram Puteri sarah Liyana


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: