11 September 2018

AL-FATIHAH - IBU ELLIE SURIATY HEMBUS NAFAS TERAKHIR


Takziah kami ucapkan kepada pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty atas pemergian ibu tercintanya, Noriah Mat Akhir yang meninggal dunia pada usia 76 tahun di sebuah pusat perubatan, pagi tadi.





Perkara itu disahkan oleh suaminya pelakon Azry Iskandar menerusi sebuah mesej ringkas kepada media. Menurut Azri, ibu mertuanya meninggal dunia akibat sakit yang ditanggung selama ini.

"Saya bukan saja kehilangan mak mertua tapi seorang kawan tempat mengadu selama ini. Semoga Allah tempatkan mak bersama orang yang beriman," katanya kepada Gempak.

"Arwah meninggal dunia akibat sakit buah pinggang dan strok. Selain itu kerana tekanan darah rendah," katanya.

Sementara itu, Ellie menerusi video di Instagram turut berkongsi detik akhir bersama Allahyarham ibunya itu.

Klik untuk gambar besar


"Hari ini nyawaku.... Penguat Semangat Perjuanganku.. pergi meninggalkan aku buat Selama-lamanya.... Anje sama macam Mak... Kuat!.. Tapi Mak lagi kuat!!..

"Ya ALLAH.. Mak adalah MilikMU.. Mak pulang KepadaMU Ya ALLAH!... Ampuni segalanya buat hamba MU Ibuku ini ku mohon 🙏🙏🙏🙏🙏.

"Kau Telah Memberikan Yang Luar biasa buat Ibuku sepanjang hayatnya Ya ALLAH!!!.. Aku BerSyukur dapat di lahirkan sebagai anak Mak.. Ibuku Noriah Binti Mat Akhir..

"Semoga Mak di tempatkan di Kalangan para Solehah... Hamba2 YANG AMAT KAU KASEHI YA ALLAH!... Semoga Ya ALLAH... IIZINKAN Mak dapat bertemu Abah di Pintu SyurgaMU..



"Sedemikian IZINKAN mereka Bersama2 Menghuni Jannah Syurga MILIKMU YA ALLAH 🙏🙏🙏🙏 Al-Fatihah buat Mak.. Selamat pulang Ke Pangkuan ALLAH SWT 🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏.

"Terima Kaseh ALLAH Mak Kembali ke Rahmatullah selepas subuh.. sempena Maal Hijrah 1Muharam 1440 Hijrah.. Alhamdulillah...," tulis Ellie.

Luahan Ellie terhadap ibunya itu mendapat perhatian apabila rata-rata berasa sebak dan memberi kata-kata semangat kepada pelakon itu.

Sejak hujung tahun lalu, arwah yang juga penghidap kencing manis itu disahkan lumpuh separuh badan. Akibat daripada itu, arwah hilang upaya makan, bercakap dan berjalan.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid Bandar Bukit Puchong hari ini.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak, mStar & Instagram Ellie Suriaty


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: