12 September 2018

GADIS DAKWA FATHIA & ZARINA MABUK, GADUH, TUNJUK 'ASET'?


Belum reda lagi kisah pelakon Zarina Anjoulie masuk kelab berpakaian seksi dengan pinggang dipaut oleh penyanyi Ismail Izzani, kini timbul pula kisah terbaru dan kali ini membabitkan Zarina dan kawan baiknya, Fathia Latiff.





Terbaru, melalui Instagram Story, seorang pengguna Instagram mendakwa Zarina dan Fathia telah mencari gaduh dalam keadaan 'mabuk teruk' dengannya dan kawannya di sebuah kelab.

Gadis dikenali, Eka Zahidin itu mendedahkan dirinya dan rakan diserang Fathia dan Zarina yang mabuk ketika menari hingga melanggar mereka dan menumpahkan minuman.

Apa yang lebih mengejutkan, Eka juga mendedahkan Fathia yang dalam keadaan mabuk menyelak bajunya hingga menampakkan payudaranya. Manakala Zarina pula didakwa seperti gangster memarahi beliau dan rakannya.

Klik untuk gambar besar


Selain itu, Eka juga mendakwa Zarina telah meludah kepadanya dan rakan ketika pergaduhan itu berlaku. Perlakuan Fathia dan Zarina bagaimanapun mengejutkan gadis itu kerana penampilan mereka yang sudah bertudung.

Dia juga menganggap mereka bergaduh seperti budak baru hendak matang dan seperti 'minah rempit' walaupun masing-masing sudah berusia lebih 30-an.

Netizen berkata, peminat tidak perlu terkejut wanita bertudung berperangai sebegitu. Malah Fatiya pernah menulis di Twitter bahawa tudung tidak kena-mengena dengan peribadi seseorang.



Setakat ini, Zarina dan Fathia tidak memberi komen mengenai kejadian ini di mana-mana laman sosial mereka biarpun ia semakin hangat diperkatakan.

Eka juga sempat berkongsi paparan skrin rakannya bertanya kepada Fathia mengenai kejadian tersebut ketika live di Instagram. Jelasnya Fathia mula memandang Zarina dengan muka terkejut dan mengakhiri live tersebut.

Kesahihan dakwaan gadis tersebut yang dikenali sebagai Eka Zahidin itu bagaimanapun tidak dapat dipastikan. Apapun, kedua selebriti ini masih belum memberikan komen mngenai hal ini.












www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: