12 September 2018

AYU RAUDHAH SAHKAN HAMIL ANAK KEEMPAT


"Rezeki Allah tu datang dalam berbagai bentuk”.... #syukuralhamdulillah #19weekspregnant #laurazuleykhanakjadikakak #awalmuharam #suaminakanakqamai #Allahpunbagi😍," demikin tulis pelakon Ayu Raudhah yang mengumumkan dirinya sedang hamil anak keempat di laman Instagram miliknya.





Rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada adik pelakon dan usahawan Rozita Che Wan (Che Ta) ini dan mendoakan agar segalanya akan dipermudahkan.

Untuk info, Ayu dan suaminya pemain bola sepak, Mohd Zaquan Adha Abdul Razak berkahwin pada 21 Januari 2011.

Mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann dan Laura Zuleykha.

Klik untuk gambar besar













www.myartis.com / Sumber: Instagram Ayu Raudhah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: