11 September 2018
"9 SEPTEMBER, BERDERAIANLAH AIR MATA NI..." - AISHAH
Menerusi laman Instagram, juara Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4), Aishah baru-baru ini telah menulis bingkisan sedih yang membuatkan hati peminatnya meruntun.
Dalam tulisannya, setiap kali tibanya tarikh 9 September, air matanya akan mengalir terkenangkan insan yang paling dirindui iaitu ibunya, Kamariah Ujang.
"Tiap kali datangnya 9hb Sept maka I akan merinduinya... bukanlah hari2 lain tak rindu... rindu itu selalu ada, cuma bila sampai tarikh ini maka berderaianlah airmata ni...
"Seandainya usianya panjang arwah mak akan berusia 89 tahun namun Allah telah menjemputnya 17 tahun yg lalu. Al Fatihah utk bonda Kamariah Dato Ujang... miss you mak... always," tulis penyanyi lagu 'Syurga Di Telapak Kaki Ibu' itu.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber: Instagram Aishah
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment