11 September 2018

AKTIVITI PROMOSI 'LAVIDA COIN' DIHENTIKAN


"Moga Allah Mudahkan urusan LAVIDA COIN.. DOA YE SAYANG. Bagi bagi sepenuh kerjasama atas arahan SC. Bg memudahkan pihak mrk membuat PENELITIAN terhadap Lavida Coin.





"Sayang tunggu hingga sy update lagi ye," maklum usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang hadir dengan kenyataan rasmi berhubung perkara berkenaan.

Sebelum ini, Datuk Vida pernah menyatakan bahawa pihaknya akan berbincang dengan bank negara mengenai status wang kripto Lavida Coin.

Menurut kenyataan yang dikongsikan di laman sosial tersebut, buat masa sekarang, pihaknya memberhentikan aktiviti promosi sepanjang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia membuat penilitian lanjut.

Klik untuk gambar besar


Melalui perkongsiannya itu juga ada kecaman namun dalam masa yang sama turut menerima sokongan dan nasihat dari peminat yang mengharapkan agar DSV mengusahakan perniagaan lain selain 'Lavida Coin'.

Isu berkaita Lavida Coin ini hangat diperkatakan apabila Vida sendiri mahu menukar hadiah rantai yang didakwa palsu oleh juara Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4) iaitu penyanyi Aisyah.

Namun melalui kenyataan Bank Negara, 'Lavida Coin' tersenarai di dalam Amaran Pengguna Kewangan.




www.myartis.com / Sumber: Instagram Datuk Seri Vida


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: