28 October 2018

ABBY & NORMAN KONGSI MOMEN RAIKAN KEJAYAAN ANAK SULUNG


Pelakon Abby Abadi dan bekas suaminya, Norman Hakim telah berkongsi momen dimana meraikan kejayaan anak sulung mereka iaitu Mohamed Danish Hakim di Majlis Konvokesyen Huffaz ke-2 Peringkat Negeri Selangor pada Ahad.





Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 41, berkata ini merupakan kali ketiga anaknya dan pelajar lain diraikan dalam majlis penganugerahan sedemikian.

"Mohamed Danish Hakim Al Hafiz dan sahabat yang telah berjaya menghafal Al-Quran diraikan lagi hari ni untuk peringkat Negeri Selangor pula.

"Alhamdullillah, murah rezeki anak-anak ni. Tiga kali dah diraikan termasuk kali ni. Syukur, terima kasih Allah untuk segala nikmat dan rezeki yang telah dikurniakan.

Klik untuk gambar besar


"Mama dan papa je wakil untuk hari ni. Abah (Jaiezzany) hantar je tadi, pastu gi betulkan kereta. Mummy (Memey Suhaiza) tak dapat bersama juga sebab adik-adik tak ada siapa yang jaga. Apa yg penting kerjasama hehe...," tulisnya di laman Instagram.

Rata-rata pengikut di laman tersebut memuji tindakan Abby dan Norman yang sentiasa mengutamakan anak dalam apa jua perkara.

Malah, ramai juga mendoakan supaya Danish menjadi anak soleh yang akan membahagiakan kedua ibu bapanya kelak.



"Ya Allah, bagusnya boleh bersama begini demi anak-anak," kata Syabiela Ismail. - "Tahniah... Alhamdulillah berkat doa mama dan papa serta famili kedua-duanya. Nanti boleh ajar adik-adik pula," komen Ateh Sadan.

"Sedih dalam kegembiran, saya bangga betul cara puan mendidik anak, dengan pelbagai dugaan yang dihadapi... Tahniah," tulis Limah Mohd Nor pula.

Terdahulu, Abby dan Norman dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisha Hakim yang berusia 10 tahun. Mereka bercerai pada tahun 2008.

Kini, Norman bahagia bersama pelakon Memey Suhaiza dan Abby pula bersama Muhammad Faizal Zakaria atau Jaiezzany.












www.myartis.com / Sumber: mStar & Instagram Abby Abadi & Norman Hakim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: