28 October 2018

"DOAKAN YANG TERBAIK BUAT SAYA & AWI" - ATIKAH SUHAIME


Mengakui persiapan perkahwinannya dengan penyanyi Awi Rafael berjalan dengan lancar, pelakon Atikah Suhaime berkata buat masa sekarang dia masih sibuk dengan kerjaya seni dan dalam masa yang sama mencuri masa untuk melakukan persediaan perkahwin yang akan berlangsung pada 15 Mac 2019.





"Sekarang ini semuanya berjalan dengan lancar dan kini separuh persiapan sudah dilakukan seperti yang dirancang. Buat masa sekarang fokus saya adalah untuk melakukan majlis perkahwinan di Singapura sahaja dulu dan masih tidak mempunyai rancangan adakan majlis di Malaysia.

"Mungkin saya akan adakan majlis makan-makan sahaja dengan peminat di Malaysia selepas majlis di Singapura selesai. Apapun doakan yang terbaik buat saya dan Awi semoga segalanya akan dipermudahkan," katanya kepada HLive.

Untuk makluman, Awi dan Atikah Suhaime telah selamat melangsungkan pertunangan pada 17 Mac 2018 di sebuah majlis tertutup yang dihadiri oleh ahli keluarga rapat di Royal Palm Central, Clarke Quay Singapura.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & HLive


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: