28 October 2018

VIDEO ISTERI LEPAS BERSALIN - NETIZEN MINTA TAUKE PADAM


Pada 26 Oktober lalu, pelawak Tauke Jambu telah dikurniakan anak perempuan selepas isterinya, Nadia selamat bersalin Hospital Serdang pada 8.28 malam.





Bersyukur atas kelahiran itu, Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria, 41, telah berkongsi berita gembira itu dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan menerusi laman Instagram miliknya.

Tauke turut memuatnaik video wajah bayi sulungnya yang dipeluk isterinya sebaik sahaja selepas proses bersalin. Sehingga kini, video tersebut sudah lebih 263,000 tontonan dan menerima hampir 1500 komen daripada pengikutnya.

Rata-rata mereka mengucapkan tahniah namun ada juga segelintir netizen meminta Tauke untuk memadam video tersebut yang dilihat menampakkan aurat isterinya.

"Alhamdulillah... Tahniah... Rasanya boleh segera padam video ni. Ibu dan anak sedang bersentuhan. Aurat dan aib isteri kena lindung," tulis @aien_zubaidah_maslihan.

Klik untuk gambar besar


"Tahniah tapi patutnya suami ni tutup aurat isteri. Tapi ni lagi ditayang aduhai," kata pemilik akaun bernama @esnacktreats.

Bagaimanapun, ada juga pengikut di laman sosial beranggapan Tauke memuat naik video tersebut sekadar ingin berkongsi kesyukuran.

"Dia muatnaik bukan untuk tengok bahagian itu. Abang tu muat naik nak kongsikan detik kesyukuran dia," komen @shaiful_mizan.

Tauke dan Nadia atau nama sebenarnya Nadia Mohd Effendi, 29, dalam sebuah majlis yang diadakan De' Laman Event Space pada 9 Disember tahun lalu.








www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: