08 October 2018

ABPBH 31 - WANY HASRITA UNGGULI BINTANG PALING POPULAR


Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH31) yang berlangsung malam semalam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) telah berlabuhkan tirainya dengan menobatkan penyanyi Wany Hasrita sebagai pemenang trofi utama iaitu Bintang Paling Popular yang memperoleh undian tertinggi sebanyak 2,053,997.





Kemenangan yagg memang agak mengejutkan itu membolehkan Wany membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta jenama Citroen C4 Picasso berharga RM126,000 berserta trofi.

Penyanyi lagu 'Menahan Rindu' itu juga membawa pulang trofi kategori Penyanyi Wanita Popular menumpaskan calon lain seperti Ara Johari, Siti Nordiana, Nur Fazura dan Stacy.

Klik untuk gambar besar


ABPBH 31 yang dihoskan oleh Ajak Shiro, Zara Zya dan Janna Nick itu telah disiarkan secara langsung menerusi TV3.

ABPBH 31 dihoskan oleh Ajak Shiro, Zara Zya dan Janna Nick manakala acara itu turut diserikan dengan persembahan daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ramlah Ram, Nabila Razali, Ismail Izzani, Hafiz Suip, Aizat Amdan dan Kugiran Masdor.



Berikut kami sertakan juga senarai penuh pemenang bagi setiap kategori di ABPBH 31:-

Artis Baharu Wanita Popular – Farah Nabila
Artis Baharu Lelaki Popular – Fendy Bakri
Penyanyi Wanita Popular – Wany Hasrita
Penyanyi Lelaki Popular – Khai Bahar
Pengacara TV Popular – Neelofa
Penyampai Radio Popular – Haziq (Hot FM)
Artis Komedi Popular – Zizan Razak
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular – Syamel & Ernie Zakri
Artis Versatil Popular – Alif Satar
Pelakon TV Wanita Popular – Nur Fazura
Pelakon TV Lelaki Popular – Fattah Amin
Pelakon Filem Wanita Popular – Emma Maembong
Pelakon Filem Lelaki Popular – Zul Ariffin
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Noorkumalasari



KATEGORI ONLINE:

Pasangan Serasi Drama Popular –Fattah Amin & Fazura
Pasangan Serasi Filem Popular – Zul Ariffin & Nur Fazura
Artis Sensasi Popular – Neelofa
Personaliti Media Sosial Popular – Fatimah Omar Mukhlis (@theFamily.UK)
Instafamous Cilik Popular – Arif Jiwa




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: