14 October 2018

AL-FATIHAH - PENYANYI SALEEM KEMBALI KE RAHMATULLAH


Takziah kami ucapkan kepada keluarga penyanyi Saleem Iklim atau nama sebenarnya, A.M. Salim Abdul Majeed, 57, di atas pemergian yang meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, jam 6.15 pagi tadi.





Kenyataan mengenai pemergian penyanyi yang popular melalui lagi 'Suci Dalam Debu' ini disahkan sendiri oleh anak tirinya, Iera Fakhira, 29 tahun.

Pada 12 September lalu, Allahyarham Saleem cedera parah dalam satu kemalangan pada 12 September lalu di Bandar Mahkota Cheras.

Motosikal ditunggangnya dikatakan melanggar kereta ketika keluar rumah untuk ke kedai berdekatan menyebabkan 12 tulang rusuk patah manakala salah satunya tertusuk paru-paru.

Allahyarham kemudian dimasukkan ke hospital Kajang dalam keadaan koma sebelum dipindahkan ke PPUKM untuk rawatan lanjut.

Klik untuk gambar besar


Anak bongsunya, Muhammad Amirul Mukmin, berkata arwah bapanya berada dalam keadaan kritikal sejak semalam.

"Akibat hentakan kuat ketika kemalangan, otaknya bengkak, sekali gus menyukarkan penafasannya. Selepas koma hampir dua minggu, arwah mula sedar, tetapi keadaannya semakin lemah.

"Walaupun kelihatan ceria, kami nampak banyak perubahan pada arwah terutama apabila bibirnya berubah pucat. Doktor mengambil keputusan menidurkannya kerana arwah mengadu mengalami sakit kepala yang amat sangat apabila sedar," katanya.

Amirul berkata, doktor menghubungi keluarganya jam 5.30 pagi tadi selepas keadaan bapanya semakin kritikal.



"Arwah terpaksa diberikan bantuan kecemasan, tetapi menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.30 pagi. Kami reda dengan pemergian arwah kerana sudah bersedia dengan segala kemungkinan selepas melihat keadaannya yang semakin kritikal," jelasnya.

Difahamkan, jenazah Saleem yang ketika ini masih berada di hospital akan dibawa ke Surau As-Syakirin di Bukit Mahkota, Cheras, untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Kiara.

Antara lagu-lagu popular nyanyian Allahyarham ialah 'Suci Dalam Debu', 'Gerhana Cinta Luka', 'Bukan Aku Tak Cinta', 'Tinggal Kenangan' dan 'Aduhai Seribu Kali Sayang'.

Sama-sama kita doakan semoga Allahyarham Saleem ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan semoga rohnya tenang di sana.


www.myartis.com / Sumber: Utusan, mStar & Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: