28 October 2018

ALAMI DEMAM & FLU - HETTY SARLENE MOHON DOA


"Bismillahirrahmanirrahim. Sebaik saja hetty sampai ke Singapore nak tengok Adik kesayangan, tiba-tiba demam dan flu pun ikut sekali.





"Risau ni dengan konsert yang akan datang minggu nie macam mane Hetty nak perform. Orang kata penyakit itu penghapus dosa betul ke? Ya allah, Aku terima dugaan Mu ini.

"Yang pasti nye in shaa allah Hetty akan beri Yang terbaik dan selebihnya Hetty akan serah kan pada Allah SWT. Doakan Hetty sihat seperti sedia kala. Suara pun dah lain sangat ni.

Klik untuk gambar besar


"Kau permudahkanlah segala urusan ku ya Allah," kata penyanyi Hetty Sarlene yang memohon orang ramai agar mendoakan dirinya segera sembuh daripada masalah kesihatan yang dialami.

Menurut Hetty menerusi Instagramnya memaklumkan bahawa dirinya risau untuk melakukan persembahan kerana dia mengalami demam dan selesema.

Rata-rata mendoakan agar Hetty segera sembuh dan dapat melakukan persembahan dengan baik di konsert Gegar Vaganza musim kelima (GV5) pada malam ini.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Hetty Sarlene


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: