16 October 2018

ANGAH SAHKAN BAKAL TIMANG ANAK KEDUA


"Pertama sekali saya nak lahirkan rasa syukur yang teramat kepada ALLAH SWT atas kurniaan rezeki ini. Insya-Allah dengan izin dan rahmat-Nya, maka 2019 akan bertambah ahli keluarga kami.





"Isteri saya dah lima bulan mengandung. Kakak @nurrinafassha nak dapat adik. Syukur Ya Allah," tulis pelawak Angah yang berkongsi khabar gembira apabila bakal menimang cahaya mata kedua tahun depan apabila isterinya, Amira Asyira Abd Razak, 23, disahkan hamil.

Berita itu disahkan Angah atau nama sebenarnya, Iskandar Shah Hashim, 40, menerusi akaun Instagram peribadinya. Sementara itu, Angah turut memohon agar peminat dan rakan-rakan mendoakan yang terbaik buat dia dan keluarga.

Klik untuk gambar besar


"Saya mengharapkan doa yang baik-baik untuk perjalanan baru kami sekeluarga dari anda semua. Insya-Allah , Allah SWT akan balas yang terbaik untuk anda semua," tulisnya.

Angah dan Amira mendirikan rumah tangga pada 19 Februari 2016 dan bakal menimang anak pertama mereka. Menerusi perkahwinan terdahulu, Angah dikurniakan seorang anak perempuan, Nurrina Fassha, 15.






www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: