16 October 2018

"JAGA RUMAH TANGGA SENDIRI" - NASIHAT DIANA DANIELLE


Sehingga kini, masih ramai yang terus menjaja cerita negatif dan mencetuskan spekulasi mengenai rumah tangga pasangan selebriti Datuk Farid Kamil dan Datin Diana Danielle.





Perkara tersebut tercetus bermula daripada kes pelakon drama 'Lafazkan Kalimah Cintamu' itu didakwa atas kes dadah.

Masih bahagia bersama Farid dan dua orang cahaya mata mereka, Diana menasihati masyarakat untuk tidak terlalu jaga tepi kain orang.

"Sebagai artis, lumrah lah akan jadi perhatian sekeliling yang nak tahu tentang apa saja. Apatah lagi tentang perkahwinan. Sayangnya, ada yang sibuk bercerita hal tidak benar.

Klik untuk gambar besar


"Nasihat saya, lebih baik menjaga rumah tangga sendiri berbanding sibuk nak mencari masalah orang. Dan kalau mereka lebih bercakap tentang suami saya kerana tindakan (kerana isu dikhianati sebelum ini) mencari keadilan bagi dirinya, janganlah sampai ada yang bercerita hal tidak benar.

"Saya lebih kenal suami saya. Yang tak duduk di tempatnya tidak berhak membicarakan masalahnya. Macam yang saya katakan awal tadi, apa yang telah dilalui kami, kian membahagiakan walaupun ada yang berburuk sangka," katanya.

Kalau kita lihat pasangan suami isteri sedang bahagia, apa salahnya untuk mendoakan yang terbaik buat mereka dan semoga masjid yang dibina berkekalan sehingga ke syurga. Memanglah ada kalanya perkahwinan itu ada pasang surutnya tetapi janganlah buruk sangka.




www.myartis.com / Sumber: Utusan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: