03 October 2018

"ANTARA SAYA DENGAN TUHAN, BUKAN MUDAH..." - UQASHA


"Saya buat tak tahu sahaja apa yang mereka nak cakap dan kecam kerana saya tahu saya masih lagi dalam landasan. Kalau nak berubah itu antara saya dengan tuhan kerana bagi saya nak berubah itu bukannya sesuatu yang mudah.





"Saya pernah berubah suatu ketika dulu dan bukan mudah untuk terus istiqomah, nak buat benda itu biarlah berpanjangan.

"Kalau kita buat benda baik ke buruk ke orang tetap nampak jadi bagi saya lebih baik biarkan saja," kata pelakon Uqasha Senrose yang mengakui bukan mudah untuk melakukan perubahan terutamanya daripada segi penampilannya.

Menurut Uqasha, pengalaman lalu mengajarnya untuk menjadi diri sendiri dan akui bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak.

Klik untuk gambar besar


Sejak membuka tudung dua tahun lalu, penampilan Uqasha sentiasa menjadi perhatian apalagi dengan susuk badannya yang montok. Bagi Uqasha, istiqamah bukan sesuatu yang mudah dan percaya beliau masih tidak keterlaluan.

Baru-baru ini perkongsian gambar Uqasha ketika bercuti di Bangkok menjadi bualan ramai apabila pelakon itu tampil seksi. Ini bukanlah kali pertama kontroversi Uqasha berpakaian seksi selepas membuka hijab.

Tidak mengapalah doakan saja Uqasha supaya suatu hari nanti akan berubah dan menutup aurat sebetulnya. Siapa tahu sampai masanya nanti Uqasha berubah mungkin lebih baik daripada yang mengata sebelum ini.








www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: